- Context
- Mahathir addressed the GERAKAN Annual Representative Conference on September 25, 1982, praising Barisan Nasional's election success and outlining Malaysia's democratic principles and international concerns.
- Main themes
- Barisan Nasional coalition unity, Malaysian democracy, party and coalition perspectives, international economic situation, political stability, Middle East and Cambodia, United Nations General Assembly, national development, democratic boundaries, global community responsibility
- Duration
- ~9 min
- Words
- 1,082
- Sentences
- 61
- Readability
- 53
- Grade
- 10.3
- Syntax
- 2.62
- Vocabulary
- 2.33
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other61 sentences in 16 paragraphs
First of all, I would like to thank the President and the Members of the GERAKAN Working Committee for inviting me to this event.
2. In the last election, the Barisan Nasional achieved outstanding success. Certainly, each component party can take pride in its own performance and achievements. Here, I take the opportunity to congratulate GERAKAN on its accomplishments and to thank all party members who have worked hard to bring success to the Barisan Nasional.
3. We must not forget that the victory of the Barisan Nasional is the result of the contributions of all component parties. Therefore, both perspectives, namely the party perspective and the overall perspective of the Barisan Nasional, are very important for us to maintain our integrity.
4. I begin by emphasizing the importance of these two perspectives, namely the party and the overall Barisan Nasional, because the strength of the Barisan Nasional lies in our acceptance of the importance of these perspectives. If a party only prioritizes its own perspective, without considering the context of the Barisan Nasional as a whole, certainly our journey will become discordant and we will encounter various problems that are more of our own making. This will undermine the understanding and order of the Barisan Nasional as a coalition of political parties supporting the Government.
5. The Barisan Nasional, as we all know, was founded on the acceptance of the political realities in Malaysia that require understanding and moderation, as well as acceptance of the Constitution and fundamental policies as the foundation for developing our country. Although our political system is a democratic system, namely parliamentary democracy, our democracy is criticized by some parties who elevate themselves as interpreters of democracy. But we are not afraid. Our democracy is unique to us, and so is the democratic system in other liberal countries; each is unique to a particular country. No one can claim that only their system is democratic. In fact, Western-style liberal democracy is undemocratic because 'the silent majority' is oppressed by 'the activist minority' in this system. A government dominated by a minority is certainly not democratic.
6. Our perception of this democracy is based on our belief that no two countries are the same in everything, whether in terms of their level of development, population structure, problems, and even down to the ways of addressing those problems. Therefore, we as Malaysians should not be suspicious of claims that our democracy is not democracy. Certainly, our democracy has its boundaries, just as it is the case worldwide, even in the countries considered the most liberal. Democracy without boundaries is not a democracy that can achieve anything beneficial; rather, it is anarchy and chaos. We are fortunate that a large majority of the people in this country are aware of how important our democratic system is for our needs, because if a large majority of the people accept the notion of democracy without boundaries, the system that will exist will no longer be democracy but a form of oppression that will eliminate all freedoms.
7. That is why we, as members of the Barisan Nasional and as citizens who love the country, must be cautious in our political development efforts. Politics is a tool and not our goal. Considering politics as a goal can blind us to our true objectives, which are happiness, stability, harmony, and so on, that should be enjoyed by the people of a free, sovereign, and advanced nation.
8. The economic and political situation at the international level is still at a stage that concerns us. Although we are not seriously threatened, we cannot accurately determine when the situation will recover. It is our hope that the world economy will gradually recover by the middle of next year. Politically, we hope that a fair resolution will be achieved in the Middle East and that the situation in Southeast Asia will return to stability with a resolution to the Cambodian issue.
9. As members of the global community, we are concerned that an unstable economic and political environment will lead to more complex and prolonged economic, political, and social problems. Although we are optimistic that this is a slim possibility, it requires truly firm and courageous action from all parties, especially from developed countries and major powers. Therefore, we cannot dismiss our concerns lightly.
10. This evening, I will depart for New York to attend the United Nations General Assembly. Certainly, as a small country, our contribution towards solving these major problems is merely a drop in a large reservoir. Nevertheless, it is our responsibility to voice our arguments as members of the global community who are concerned about the current situation.
11. Although it is beyond our power to resolve the problems faced by the world, our cooperation with our friends in international forums can demonstrate the level of our concern and sincerity in helping to find solutions to common problems.
12. In the current economic situation, we must not view it without taking action. We not only need to adjust our spending to our financial capabilities, but we must also see the existing situation as an opportunity to strengthen the foundations that will enhance our resilience in all areas. As a coalition of parties supporting the Government, each component party must mobilize its machinery to assist the Government in organizing positive thinking and actions so that when the world economy recovers, we will be at the forefront, fully prepared to seize all opportunities from the growing economy.
13. As the Chairman of the Barisan Nasional, I have a heavy responsibility to maintain political harmony among the members of the Barisan. I am confident that all members of the Barisan understand the machinery that exists to safeguard the interests of all parties. As one big family, the Barisan Nasional cannot avoid differences of opinion. In fact, differences do not necessarily have to be something negative, because if these differences are resolved in a mature atmosphere, we will gain many benefits from them. This is a reality within the Barisan Nasional. However, alongside allowing healthy differences, we must also contain differences that can lead to discord and division. This is an attitude and understanding that must be embraced by all levels of leadership and members within the component parties of the Barisan Nasional.
14. In closing, with this hope and with best wishes for a fruitful session, I am pleased to officially open the 11th GERAKAN General Assembly.
Thank you.
Office of the Prime Minister, Kuala Lumpur.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja GERAKAN kerana menjemput saya ke majlis ini.
2. Dalam Pilihanraya yang lalu Barisan Nasional telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Tentulah setiap parti komponen dapat berbangga dengan prestasi dan kejayaanyanya masing-masing. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada GERAKAN di atas pencapaiannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti yang telah bekerja keras untuk membawa kejayaan kepada Barisan Nasional.
3. Kita tidak harus lupa bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah hasil sumbangan semua parti komponen. Oleh itu kedua-dua perspektif, iaitu perspektif parti dan juga persepktif keseluruhan Barisan Nasional, adalah amat penting bagi kita menjaga keutuhan kita.
4. Saya memulakan dengan membuat penekanan kepada pentingnya kedua-dua perspektif ini, iaitu parti dan keseluruhan Barisan Nasional, ialah kerana kekuatan Barisan Nasional terletak kepada penerimaan kita terhadap pentingnya perspektif-perspektif ini. Jika sesebuah parti cuma mementingkan perpsektif partinya sahaja, tanpa membuat perhitungan dalam konteks Barisan Nasional keseluruhannya, tentulah perjalanan kita akan menjadi sumbang dan kita akan menangguk berbagai-bagai masalah yang lebih merupakan ciptaan kita sendiri. Ini akan menjejas persefahaman dan ketertiban perjalanan Barisan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik yang mendukung Kerajaan.
5. Barisan Nasional, sebagaimana kita sekelian maklum, telah diasaskan kepada penerimaan hakikat politik di Malaysia yang memerlukan persefahaman dan kesederhanaan, serta penerimaan Perlembagaan dan dasar-dasar asas sebagai landasan kita membangunkan negara kita. Walaupun sistem politik kita ialah sistem demokrasi, iaitu demokrasi berparlimen, tetapi demokrasi kita dikecam oleh setengah-setengah pihak yang mengangkat diri mereka sebagai pentafsir demokrasi. Tetapi kita tidak gentar. Demokrasi kita adalah unik bagi kita, dan demikian juga dengan sistem demokrasi di negara-negara liberal yang lain, tiap-tiap satunya adalah unik bagi sesuatu negara tertentu. Tidak ada siapa yang boleh berkata bahawa cuma sistem mereka sahaja yang demokratik. Sebenarnya demokrasi liberal ala barat adalah tidak demokratik kerana 'the silent majority' ditindas oleh 'the activist minority' dalam sistem ini.Pemerintahan yang dikuasai oleh minoriti sudah tentu tidak demokratik.
6. Persepsi kita terhadap demokrasi ini adalah berdasarkan kepercayaan kita bahawa tidak ada dua buah negara yang sama dalam segala-galanya, sama ada dari segi tahap kemajuannya, struktur kependudukan, masalah, malahan hinggakan kepada cara mengatasi sesuatu masalah itu sendiri. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia tidak harus curiga dengan anjuran kononnya demokrasi kita bukan demokrasi. Tentulah demokrasi kita mempunyai sempadan-sempadanya, sebagaimana juga hakikatnya di seluruh dunia walaupun di negara yang dianggap paling liberal sekali. Demokrasi tanpa sempadan sebenarnya bukan demokrasi yang dapat berbuat sesuatu yang berfaedah malahan ia adalah anarki dan huru-hara. Kita bernasib baik kerana sebahagian besar daripada rakyat di negara ini sedar betapa pentingnya sistem demokrasi kita bagi keperluan kita, kerana jika sebahagian besar rakyat menerima anjuran demokrasi tanpa sempadan, sistem yang akan wujud bukan lagi demokrasi tetapi satu bentuk cengkaman yang akan melenyapkan semua kebebasan.
7. Itulah sebabnya kita, sebagai anggota di dalam Barisan Nasional dan sebagai rakyat yang cintakan negara, mesti berhati-hati di dalam usaha pembangunan politik atau 'political development' kita. Politik adalah alat dan bukannya matlamat kita. Menganggap politik sebagai matlamat boleh mengaburkan mata kita tentang matlamat-matlamat sebenar kita, iaitu kebahagiaan, kestabilan, keharmonian dan sebagainya yang harus dinikmati oleh rakyat sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan maju.
8. Keadaan ekonomi dan politik di peringkat antarabangsa masih berada ditahap yang membimbangkan kita. Walaupun kita tidak terancam dengan serius tetapi kita tidak dapat mempastikan dengan tepat bilakah keadaan akan pulih semula.Adalah menjadi harapan kita bahawa ekonomi dunia akan beransur-ansur pulih menjelang pertengahan tahun hadapan.Dari segi politik pula kita berharap sesuatu asas penyelesaian yang adil akan tercapai di Asia Barat dan keadaan di wilayah Asia Tenggara akan kembali stabil dengan penyelesaian masalah Kampuchea.
9. Sebagai anggota masyarakat dunia kita bimbang suasana ekonomi dan politik yang tidak stabil akan membawa masalah ekonomi, politik, dan sosial yang lebih kompleks dan berpanjangan. Walaupun kita optimis bahawa ini satu kemungkinan yang tipis namun ia memerlukan tindakan yang betul-betul tegas dan berani oleh semua pihak terutama sekali oleh negara-negara maju dan negara-negara besar.Oleh itu kita tidak dapat menghilangkan kebimbangan kita dengan sewenang-wenang.
10. Petang ini saya akan berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.Tentulah sebagai sebuah negara yang kecil sumbangan kita ke arah penyelesaian masalah-masalah yang besar ini hanya merupakan setitik air di dalam satu takongan yang besar.Namun begitu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengutarakan hujah kita sebagai anggota masyarakat dunia yang bimbang dengan suasana yang wujud pada masa ini.
11. Walaupun adalah di luar kuasa kita untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia, kerjasama kita dengan rakan-rakan kita di dalam forum-forum antarabangsa boleh membuktikan tahap kebimbangan dan kejujuran kita untuk membantu mencari penyelesaian kepada masalah bersama.
12. Dalam keadaan ekonomi yang wujud sekarang, kita tidak harus melihatnya tanpa melakukan sesuatu. Kita bukan sahaja harus menyesuaikan perbelanjaan kita dengan keupayaan kewangan kita malah kita harus melihat suasana yang wujud sebagai satu oportuniti untuk kita mengukuhkan asas-asas yang akan meningkatkan ketahanan kita dalam semua bidang.Sebagai gabongan parti-parti yang mendukung Kerajaan, setiap parti komponen mestilah menggerakkan jenteranya untuk membantu Kerajaan menyusun cara befikir dan bertindak yang positif supaya apabila ekonomi dunia pulih kelak kita akan berada di hadapan dengan segala persiapan untuk mengambil segala peluang dari ekonomi yang berkembang.
13. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, saya mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memelihara keharmonian berpolitik di kalangan anggota Barisan. Saya yakin, semua anggota Barisan faham dengan jentera yang wujud bagi menjamin kepentingan semua pihak. Sebagai satu keluarga yang besar, Barisan Nasional tidak dapat mengelakkan diri dari perbezaan-perbezaan pendapat. Sebenarnya perbezaan-perbezaan tidak semestinya merupakan sesuatu yang buruk, kerana jika perbezaan-perbezaan ini diselesaikan dalam suasana yang matang kita akan mendapat banyak manfaat daripadanya. Ini adalah satu realiti di dalam Barisan Nasional. Tetapi di samping membenarkan perbezaan-perbezaan yang sihat kita juga harus membendung perbezaan-perbezaan yang boleh membawa kerenggangan dan perpecahan. Ini adalah satu sikap dan fahaman yang harus dihayati oleh semua peringkat kepimpinan dan ahli di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional.
14 Akhir kata, denga harapan ini dan dengan ucapan selamat bersidang, saya dengan segala sukacitanya membuka Perhimpunan Agung GERAKAN yang Ke 11 dengan rasminya.
Terima kasih.
Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
