- Context
- Mahathir addressed the inauguration of Malaysia's Armed Forces Defense College on Malaysia Day 1981, in his capacity as both Prime Minister and Minister of Defense.
- Main themes
- Armed Forces Defense College inauguration, military professionalism and training, national defense and security, leadership development, defense resource management, inter-agency cooperation, Fourth Malaysia Plan defense allocation, strategic studies, civil-military collaboration
- Duration
- ~7 min
- Words
- 817
- Sentences
- 54
- Readability
- 51
- Grade
- 9.8
- Syntax
- 2.40
- Vocabulary
- 2.20
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other54 sentences in 14 paragraphs
Peace be upon you and the mercy of Allah. I am grateful to Allah Subhanahu Wataala for His blessings that allow me to be present today to officiate the Opening of the Armed Forces Defense College.
2. As the Minister of Defense, I feel very proud of the Armed Forces in particular and the Ministry of Defense in general, which has successfully established this Armed Forces Defense College. To all those involved, I extend my highest congratulations. I believe that the entire nation will join the Government in welcoming the establishment of this College, which also symbolizes another level of progress for our country.
3. Indeed, it is the Government's desire to continuously strive to enhance the professionalism of all government services, both public service and military service. The efficiency, capability, and integrity of each service will contribute to the nation's development efforts.
4. As an independent country, Malaysia needs to have an efficient and trained Armed Forces to safeguard the sovereignty and security of the nation. In this regard, training is a very important aspect in our efforts to form an Armed Forces capable of fulfilling its responsibilities effectively and efficiently.
5. The establishment of this Defense College is another advancement to enhance the leadership capabilities of our Armed Forces. The Armed Forces, as a profession, must have leaders who are skilled in management and defense. To carry out their responsibilities, our military officers also need knowledge in various aspects of society. I am pleased that the courses at this College will cover these matters, emphasizing, among other things, the planning and execution of joint operations involving the three services: the Army, Navy, and Air Force, as well as strategic studies.
6. In my opinion, all government officers, including military officers, must have a broad general knowledge and keep abreast of developments both domestically and internationally, especially regarding the turmoil in this region and understanding its implications for our country. Such knowledge is crucial for planning and implementing national defense and security strategies.
Ladies and gentlemen.
7. The Government always pays serious attention to the security and defense of the nation. A significant allocation has been provided for national security and defense under the Fourth Malaysia Plan. With this allocation, our Armed Forces will be strengthened and expanded in terms of personnel, equipment, and other facilities. The equipment and weapons to be acquired will be modern and sophisticated. As a developing country, it is challenging for us to purchase these sophisticated tools in large quantities. We must always be aware of this reality. Therefore, we must utilize this substantial allocation in the best possible way and in the most effective manner. To achieve this objective, we require efficient defense administration and good defense strategies. With effective and efficient management, we can avoid any wastage and manage the supply of equipment and facilities for our Armed Forces smoothly and orderly. Good management will also ensure the implementation of plans involving the welfare of our military personnel and their families. I believe that with the existence of this College, such matters will receive the appropriate attention.
8. I have been informed that the first course at this College is also attended by police and civil officers. This is a wise step. The implementation of the development plans of the Ministry of Defense involves various agencies, including the Public Service. To ensure that these development plans can be implemented systematically, it is necessary for public service officers to understand the needs and issues of national defense and the Armed Forces. In addition, military officers need to understand the methods and issues of public administration. Through this understanding, a positive attitude can be fostered that will determine the smooth implementation of development plans for our Armed Forces. I hope that officers from the Armed Forces, Police, and Public Service will seize this opportunity to cultivate closer understanding, as these three sectors exist not for their own interests but for the interest of the nation.
Ladies and gentlemen.
9. This Armed Forces Defense College relies heavily on Government Departments, Universities, and the private sector to provide officers and lecturers to deliver lectures in specific areas of expertise. Such assistance and contributions are always needed. The contributions received by this College are encouraging. I extend my heartfelt thanks to all parties who have contributed to this Armed Forces Defense College.
10. I hope the Armed Forces will continue to strive to enhance the training of its senior officers to higher levels in military fields, management, and other areas. With orderly and structured training, we can further improve the efficiency and capability of our military officers and, in general, our Armed Forces.
11. Furthermore, I take this opportunity to wish all participants who will be attending the first course at this College the best of luck.
12. With this, I am pleased to officially inaugurate the Opening of the Armed Forces Defense College.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya hadir pada hari ini untuk merasmikan Pembukaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.
2. Selaku Menteri Pertahanan, saya berasa amat bangga dengan Angkatan Tentera khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya, yang telah berjaya menubuhkan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini. Kepada semua yang berkenaan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Saya percaya bahawa seluruh rakyat akan bersama-sama dengan Kerajaan mengalu-alukan penubuhan Maktab ini, yang juga melambangkan satu lagi tahap kemajuan negara kita.
3. Sesungguhnya adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk sentiasa berusaha bagi meningkatkan lagi mutu profesyenalisma semua perkhidmatan Kerajaan, baik perkhidmatan awam mahupun perkhidmatan tentera. Kecekapan dan keupayaan serta kejujuran tiap-tiap perkhidmatan akan dapat membantu dalam usaha-usaha pembangunan negara.
4. Sebagai sebuah negara yang merdeka Malaysia perlu mempunyai satu Angkatan Tentera yang cekap dan terlatih untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. Dalam hal ini latihan adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam usaha kita membentuk satu Angkatan Tentera yang mampu melaksanakan tanggongjawabnya dengan sempurna dan berkesan.
5. Penubuhan Maktab Pertahanan ini adalah satu lagi kemajuan bagi meningkatkan kemampuan kepimpinan Angkatan Tentera kita. Angkatan Tentera, sebagai satu profesyen, mestilah mempunyai pemimpin-pemimpin yang mahir dalam bidang pengurusan dan pertahanan. Untuk menjalankan Tanggong-jawab mereka pegawai-pegawai Angkatan Tentera kita juga memerlukan pengetahuan dalam berbagai aspek kemasyarakatan. Saya berasa sukacita bahawa kursus di Maktab ini akan merangkumi perkara-perkara tersebut dengan menitikberatkan,antara lain, perancangan dan perlaksanaan gerakan gabungan tiga khidmat, iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara dan juga pengajian strategi.
6. Pada hemat saya, semua pegawai Kerajaan, termasuk juga pegawai tentera, mestilah mempunyai pengetahuan am yang luas dan sentiasa mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negeri, terutama sekali mengenai pergolakan di rantau ini serta memahami implikasinya terhadap negara kita.Pengetahuan seperti ini amatlah penting untuk merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan pertahanan dan keselamatan negara.
Para hadirin sekelian.
7. Kerajaan sentiasa memberi perhatian yang berat kepada keselamatan dan pertahanan negara. Peruntukan yang besar telah diberikan kepada keselamatan dan pertahanan negara di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Dengan peruntukan ini Angkatan Tentera kita akan diperkuat dan diperbesarkan dari segi bilangan anggotanya, alat-alat kelengkapan dan kemudahan yang lain. Alat-alat dan senjata-senjata yang akan diperolehi kelak adalah yang moden dan 'sophisticated".Sebagai sebuah negara yang membangun adalah sukar bagi kita untuk membeli alat alat sophisticated ini dengan banyak.Kita hendaklah sentiasa sedar akan hakikat ini. Oleh yang demikian kita hendaklah menggunakan peruntukan yang besar itu dengan sebaik-baiknya dan dengan cara yang paling berkesan. Untuk mencapai objektif ini kita memerlukan pentadbiran dan pengurusan pertahanan yang cekap dan strategi pertahanan yang baik. Dengan adanya pengurusan yang cekap dan efektif dapatlah kita mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran atau 'wastage' dan mengurus pembekalan kelengkapan serta kemudahan untuk Angkatan Tentera kita dengan licin dan teratur. Pengurusan yang baik juga akan menjamin pelaksanaan rancangan-rancangan yang melibatkan kebajikan anggota-anggota Tentera kita dan keluarga-keluarga mereka. Saya rasa dengan ada-nya Maktab ini perkara-perkara seumpama ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya.
8. Saya difahamkan bahawa kursus yang pertama di Maktab ini dihadiri juga oleh pegawai-pegawai polis dan awam. Ini adalah satu langkah yang bijak. Pelaksanaan rancangan pembangunan Kementerian Pertahanan melibatkan berbagai agensi termasuk Perkhidmatan Awam. Untuk memastikan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan teratur adalah perlu bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam memahami keperluan keperluan serta masalah-masalah pertahanan negara dan Angkatan Tentera.Di samping itu pula pegawai-pegawai tentera perlu memahami cara-cara dan masalah-masalah pentadbiran awam.Melalui persefahaman ini baharulah dapat diwujudkan sikap yang positif yang akan menentukan kelicinan pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan bagi Angkatan Tentera kita.Saya harap pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera, Polis dan Perkhidmatan Awam akan menggunakan peluang ini untuk memupuk persefahaman yang lebih erat kerana ketiga-tiga bahagian ini wujud bukan kerana kepentingan masing-masing tetapi kerana kepentingan negara.
Para hadirin sekelian.
9. Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini banyak bergantung kepada Jabatan-jabatan Kerajaan, Universiti-universiti dan pihak swasta bagi mendapat pegawai-pegawai serta pensyarah- pensyarah untuk memberi syarahan dalam bidang kepakaran yang tertentu. Bantuan dan sumbangan seperti ini adalah sentiasa diperlukan. Sumbangan yang diterima oleh Maktab ini adalah menggalakkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepada Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini.
10. Saya berharap Angkatan Tentera akan terus berusaha untuk meningkatkan latihan pegawai-pegawai kanannya hingga keperingkat yang lebih tinggi dalam bidang ketenteraan, bidang pengurusan dan bidang-bidang yang lain. Dengan adanya latihan yang tertib dan tersusun kita dapat meningkatkan lagi kecekapan serta kemampuan pegawai-pegawai tentera kita dan amnya Angkatan tentera kita.
11. Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta yang akan mengikuti kursus yang pertama kali Maktab ini.
12. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Pembukaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.
