BACKGROUND OF THE CONFERENCE OF HEADS OF REPRESENTATIONS OF MALAYSIA OVERSEAS
Mahathir Mohamad · Prime Minister of Malaysia
- Context
- Mahathir addressed the first-ever all-inclusive Conference of Heads of Malaysian Missions Abroad at Wisma Putra, Kuala Lumpur, from December 15–23, 1981.
- Main themes
- Conference of heads of Malaysian missions abroad, history of past conferences, Malaysian foreign policy, bilateral relations, regional security and defense, economic cooperation and development aid, Malaysia-Indonesia confrontation, European Economic Community relations, Philippines claim over Sabah, national development plans, regional cooperation in Southeast Asia
- Duration
- ~8 min
- Words
- 969
- Sentences
- 52
- Readability
- 55
- Grade
- 10.3
- Syntax
- 2.50
- Vocabulary
- 2.23
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other52 sentences in 20 paragraphs
As approved by the Honorable Dato' Seri Prime Minister, the Conference of Heads of Malaysian Missions Abroad will be held in the Triti Room, Wisma Putra from December 15 to December 23, 1981.
2. Since the 1960s, such conferences have been held from time to time when circumstances required to explain and discuss important matters that arose at that time. However, past conferences only involved a portion of our Heads of Missions. The upcoming conference will be the first to involve all Heads of Missions.
3. The first Conference of Heads of Missions was held in March 1964 in Kuala Lumpur, attended by our Heads of Missions in Asia and the Pacific and the Permanent Representative to the United Nations. This 'emergency' conference aimed to discuss matters related to the "confrontation" between Malaysia and Indonesia, in the process of formulating a national policy and strategy in facing the threat of 'confrontation'.
4. The second Conference of Heads of Missions was held in July 1967 in London, which was opened and chaired by the Honorable Prime Minister. This conference focused solely on our Heads of Missions in Europe, and the important issues discussed were related to economic assistance from European countries for national development, the role of the EEC and NATO. These conferences took the opportunity of the Honorable Prime Minister, who is also the Minister of Foreign Affairs, being in London to attend the Commonwealth Ministers' Conference and discuss defense issues with the British Government.
5. The third conference was also held in London in July 1968, which was also opened and chaired by the Honorable Prime Minister. This conference, which involved Heads of Missions in the European continent only, focused on Malaysia's relations with the European Economic Association and the implications of Britain's entry into the EEC on Malaysia and Development Aid to Malaysia.
6. The fourth conference was held in Kuala Lumpur in July 1969, involving our Heads of Missions in the Asia and Pacific region. The conference, which was opened by the Honorable Prime Minister/Minister of Foreign Affairs, focused on important issues that had arisen at that time, such as regional security issues with an emphasis on Malaysia's security and defense policy, discussions also focused on the Philippines' claim over Sabah, and issues regarding regional cooperation, especially in the economic field.
7. The fifth conference was held in April 1971 at our Mission in London and was attended by our Heads of Missions from Europe and North America. This conference focused on bilateral relations between Malaysia and countries in Europe and America. The Heads of Missions discussed the positions and policy changes of those countries towards Malaysia, and subsequently, the Heads of Missions were briefed on regional security and defense issues and national economic policy.
8. The sixth conference was held in May 1973 in Kuala Lumpur, attended by our Heads of Missions in the Southeast Asia region. This conference focused on the political and economic turmoil in the region and internationally, to review Malaysia's relations with countries in the region, and to provide an opportunity for the Heads of Missions to obtain complete information about national development.
9. The seventh Conference of Heads of Missions was held in London in October 1976, involving Heads of Missions in Paris, London, Rome, Bonn, Brussels, and The Hague. In this conference, the matters discussed included the reactions of European countries to our laws that had been passed, such as the "Petroleum Act" and the "Industrial Coordination Act". Discussions also focused on the attitudes of European countries towards aid and investment in Malaysia in the context of the Third Malaysia Plan and the positions of European countries on the international economic cooperation conference held in Paris, especially matters concerning "Finance Development Aid" and "commodities" issues. In addition, the Heads of Missions also provided feedback on the reactions of European countries to newspaper reports regarding the security situation in Malaysia following the events of May 13, 1969.
10. The eighth conference was held in 1977 in Kuala Lumpur where we recalled the Heads of Missions from the Asia Pacific and Middle East countries. This conference focused on bilateral relations issues between Malaysia and the countries where they were accredited, as well as on security matters and our overall foreign policy.
11. The ninth conference was held in Paris in December 1980 for our Heads of Missions in European and American countries. The conference in Paris focused on domestic and regional security issues, the situation in Cambodia, and matters related to the assistance that could be obtained from these countries in the context of the Fourth Malaysia Plan.
12. As mentioned, past conferences have only involved a portion of the total Heads of Missions. The upcoming conference will be the first to involve all Heads of Missions. This conference is deemed most timely, considering various developments both domestically and internationally, and it is important that these recent developments are fully understood so that the thoughts and positions of the Government can be accurately and fully reflected.
13. The conference to be held will focus on the following matters:
(1) Guidelines for foreign policy.
(2) Briefing on the New Economic Policy, the Fourth Malaysia Plan, and developments in trade and investment.
(3) Politics of the great powers. (4) East-West relations. (5) The Middle East and the political role in the region in the 1980s and beyond.
(6) Potential for cooperation and conflict in the Asia Pacific region.
(7) Issues related to national security and regional security.
(8) ASEAN as a stabilizing factor in Southeast Asia.
14. In addition to briefings and discussions on the above matters, the Heads of Missions will also be given the opportunity to witness issues related to Cambodian refugees and to receive a briefing from the Thai Minister of Foreign Affairs on issues related to Cambodia and Vietnam.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Seperti yang telah diluluskan oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri, Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di seberang laut akan dilangsungkan di Bilik Triti, Wisma Putramulai dari 15hb. Disember hingga 23hb. Disember, 1981.
2. Sejak tahun-tahun enam puluhan persidangan-persidangan seumpama ini telah diadakan dari masa kesemasa bila keadaan memerlukan untuk menerang dan membincangkan perkara-perkara penting yang timbul disatu-satu masa tersebut. Namun demikian persidangan-persidangan di masa-masa yang lepas hanya melibatkan sebahagian dari Ketua-Ketua Perwakilan kita sahaja. Persidangan yang akan diadakan ini merupakan yang pertama kali yang melibatkan kesemua Ketua Perwakilan.
3. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang pertama telah diadakan dalam bulan March 1964 di Kuala Lumpur, dihadiri oleh Ketua-Ketua Perwakilan kita di Asia dan Pacifik dan Wakil Tetap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Persidangan 'tergempar' itu bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan "konfrantasi" antara Malaysia dengan Indonesia, dalam proses untuk mencapai satu dasar dan strateji negara dalam menghadapi ancaman 'konfrantasi'.
4. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang kedua telah diadakan dalam bulan Julai 1967 di London yang telah dibuka dan di Pengerusikan oleh YTM Perdana Menteri. Persidangan ini hanya tertumpu kepada Ketua-Ketua Perwakilan kita di Eropah dan isu-isu penting yang dibincangkan ialah berkenaan dengan bantuan ekonomi dari negara-negara Eropah untuk pembangunan negara, peranan EEC dan N.A.T.O.
Persidangan-persidangan ini telah mengambil kesempatan beradanya YTM Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Luar Negeri di London untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Komanwel dan membincangkan tentang soal-soal pertahanan dengan Kerajaan British.
5. Persidangan yang ketiga telah juga diadakan di London dalam bulan Julai 1968 yang juga telah dibuka dan dipengerusikan oleh YTM Perdana Menteri. Persidangan ini yang melibatkan Ketua-Ketua Perwakilan di Benua Eropah sahaja telah menumpukan perhatian atas perkara-perkara Perhubungan Malaysia dengan Persatuan Ekonomi Eropah dan implikasi kemasukan British dalam EEC ke atas Malaysia dan bantuan Pembangunan (Development Aid) kepada Malaysia.
6. Persidangan yang keempat telah diadakan di Kuala Lumpur dalam bulan Julai 1969 yang melibatkan Ketua-Ketua Perwakilan kita di Wilayah Asia dan Pacific. Persidangan yang telah dibuka oleh YAB Perdana Menteri/Menteri Luar Negeri, telah menumpukan perhatian atas perkara-perkara penting yang telah timbul di masa itu seperti soal-soal keselamatan serantau dengan penekanan atas dasar keselamatan dan pertahanan Malaysia, perbincangan juga menumpukan perhatian atas soal tuntutan Filipina atas Sabah, soal-soal tentang kerjasama serantau terutama dalam lapangan ekonomi.
7. Persidangan yang kelima telah diadakan dalam bulan April 1971 bertempat di Perwakilan kita di London dan persidangan ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Perwakilan kita dari Benua Eropah dan Amerika Utara. Persidangan ini telah menumpukan perhatian kepada isu perhubungan bilateral di antara Malaysia dengan negara-negara di Benua Eropah dan Amerika. Ketua-Ketua Perwakilan telah membincangkan pendirian dan perubahan-perubahan dasar negara-negara tersebut terhadap Malaysia dan seterusnya Ketua-Ketua Perwakilan tersebut telah diberi taklimat mengenai soal-soal keselamatan dan pertahanan serantau dan dasar ekonomi negara.
8. Persidangan yang keenam telah diadakan pada bulan Mei 1973 di Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Perwakilan kita di Wilayah Asia Tenggara. Persidangan ini telah menumpukan perhatian kepada pergolakan politik dan ekonomi di wilayah ini dan juga antarabangsa, untuk mengkaji semula perhubungan Malaysia dengan negara-negara di rantau ini, dan untuk memberi peluang kepada Ketua-Ketua Perwakilan mendapat maklumat lengkap tentang pembangunan negara.
9. Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang ketujuh telah diadakan di London pada bulan Oktober 1976 yang telah melibatkan Ketua-Ketua Perwakilan di Paris, London, Rome, Bonn, Brussels dan Hague. Dalam persidangan ini perkara-perkara yang telah dibincangkan termasuklah reaksi-reaksi negara-negara Eropah terhadap undang-undang kita yang telah diluluskan seperti "Petroleum Act" dan "Industrial Coordination Act". Perbincangan juga tertumpu pada sikap negara-negara Eropah ke atas bantuan dan pelaburan ke Malaysia dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga dan pendirian negara-negara Eropah ke atas persidangan kerjasama ekonomi antara bangsa yang telah diadakan di Paris (Paris Conference on International Economic Corporation) terutama sekali perkara-perkara yang menyentuh soal "Finance Development Aid" dan masalah-masalah "commodities." Di samping itu Ketua-Ketua Perwakilan juga telah memberi taklimat balas tentang reaksi-reaksi negara-negara Eropah ke atas lapuran-lapuran akhbar mengenai keadaan keselamatan dalam Malaysia akibat kejadian 13 Mei 1969.
10. Persidangan yang kelapan telah diadakan dalam tahun 1977 di Kuala Lumpur dimana kita telah memanggil balik Ketua-ketua Perwakilan dari negara Asia Pasifik dan Timur Tengah. Persidangan ini menumpukan perhatian kepada isu-isu perhubungan bilateral di antara Malaysia dengan negara-negara dimana mereka ditauliahkan dan juga tentang perkara-perkara keselamatan dan dasar luar negeri kita pada keseluruhannya.
11. Persidangan yang ke sembilan telah diadakan di Paris dalam bulan Disember 1980 bagi Ketua-Ketua Perwakilan kita di negara-negara Eropah dan Amerika. Persidangan di Paris ini telah menumpukan perhatian kepada soal-soal keselamatan dalam negeri dan serantau, soal Kampuchea, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bantuan-bantuan yang boleh diperolehi dari negara-negara ini dalam konteks Rancangan Malaysia Keempat.
12. Seperti yang dimaklumkan persidangan-persidangan di masa-masa yang lepas telah melibatkan hanya sebahagian sahaja dari jumlah Ketua-Ketua Perwakilan. Persidangan yang akan datang ini merupakan yang pertama kali ianya melibatkan kesemua Ketua-Ketua Perwakilan. Persidangan ini adalah dirasakan paling tepat pada masanya, memandangkan kepada berbagai perkembangan di dalam dan di luar negeri dan adalah penting perkembangan terbaru ini dapat difahami sepenuhnya supaya pemikiran dan pendirian Kerajaan dapat dicerminkan dengan tepat dan sepenuhnya.
13. Persidangan yang akan diadakan ini akan tertumpu kepada perkara-perkara seperti berikut:-
(1) Garis panduan dasar luar negeri.
(2) Taklimat atas Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Keempat dan perkembangan perdagangan dan pelaburan.
(3) Politik kuasa-kuasa besar (4) Perhubungan Timur-Barat (5) Asia Barat dan peranan politik di rantau itu dalam tahun-tahun lapan puluhan dan selepasnya.
(6) Potensi kerjasama dan konflik di rantau Asia Pasifik.
(7) Masalah-masalah yang berkaitan dengan keselamatan negara dan keselamatan serantau.
(8) ASEAN sebagai satu faktor stabilisasi di Asia Tenggara.
14. Di samping taklimat-taklimat dan perbincangan tentang perkara-perkara di atas Ketua-Ketua Perwakilan juga akan diberi peluang untuk meyaksikan masalah-masalah yang berkaitan dengan orang-orang pelarian Kampuchea dan juga mendapat taklimat dari Menteri Luar Negeri Thai atas masalah-masalah yang berkaitan dengan Kampuchea dan Vietnam.