- Context
- Mahathir addressed the groundbreaking ceremony of Taman Tuanku Ja'afar in Kuala Lumpur on 17 August 1982, officiated by the Prime Minister.
- Main themes
- Bumiputera construction companies, New Economic Policy, housing quality standards, entrepreneurship, economic participation, community trust, property development
- Duration
- ~2 min
- Words
- 282
- Sentences
- 19
- Readability
- 61
- Grade
- 8.4
- Syntax
- 2.53
- Vocabulary
- 2.53
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other19 sentences in 7 paragraphs
I would like to thank His Royal Highness Tunku Naquiyuddin for inviting me to officiate the groundbreaking ceremony of Taman Tuanku Ja'afar.
2. I am proud to know that Taman Tuanku Ja'afar will be developed directly by a Bumiputera construction company, namely Naga Sakti Sdn. Bhd. The participation of Bumiputera construction companies in the construction sector is in line with the objectives of the New Economic Policy and is always encouraged. So far, the participation of Bumiputera construction companies in the construction industry is still not satisfactory, and more efforts must be taken by Bumiputera entrepreneurs.
3. Bumiputera construction companies must set a good example and prove their ability to compete with other construction companies. It is inaccurate for Bumiputera companies to hold the view that the Government and leaders do not provide sufficient encouragement and facilities. This is not a progressive stance and attitude for entrepreneurs.
4. For construction companies, good examples include building houses according to approved plans, ensuring high quality and standards, and keeping promises. Buyers should not be merely a means to make profit. It has been heard that stone houses are built without reasonable ventilation or air space, ceilings that are so low that fans can be touched by hand while standing, and so on. Although such negative phenomena or unhealthy practices are not only carried out by Bumiputera companies, the companies in question must realize that the long-term trust of the community is a more important factor than making quick profits in a less honest manner.
5. Therefore, I hope that Bumiputera construction companies, in particular, will enhance their capabilities and expertise to meet the increasing demand.
Thank you.
Office of the Prime Minister, Kuala Lumpur.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin kerana sudi menjemput saya melakukan upacara memecah tanah Taman Tuanku Ja'afar ini.
2. Saya berbangga mengetahui bahawa Taman Tuanku Ja'afar ini akan dimajukan secara langsung oleh sebuah syarikat binaan bumiputera, iaitu Naga Sakti Sdn. Bhd. Penyertaan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera di dalam bidang pembinaan adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan sentiasa digalakkan. Setakat ini penyertaan syarikat pembinaan bumiputera dalam industri pembinaan masih belum memuaskan lagi dan usaha-usaha yang lebih mestilah diambil oleh pengusaha-pengusaha bumiputera.
3. Syarikat pembinaan Bumiputera mestilah menjadi contoh yang baik dan membuktikan kebolehan mereka bahawa mereka dapat bertanding dengan syarikat-syarikat pembinaan yang lain. Adalah tidak tepat sekiranya syarikat bumiputera berpendirian bahawa Kerajaan dan pemimpin-pemimpin tidak memberi galakan dan kemudahan yang cukup. Ini bukanlah pendirian dan sikap yang progresif bagi pengusaha.
4. Bagi syarikat pembinaan, contoh baik termasuklah mendirikan rumah mengikut pelan yang diluluskan, menjamin kualiti dan mutu yang tinggi dan menepati janji.Pembeli-pembeli itu tidak seharusnya menjadi tempat untuk mengaut untung semata-mata. Pernah didengar rumah-rumah batu dibina tanpa 'ventilation' atau ruang udara yang munasabah, ceiling yang terlalu rendah sehingga kipas boleh dipegang dengan tangan tatkala seseorang berdiri, dan sebagainya. Walaupun gejala buruk atau amalan yang kurang sihat itu dilakukan bukan sahaja oleh syarikat bumiputera, tetapi syarikat berkenaan haruslah sedar bahawa kepercayaan jangka panjang masyarakat adalah faktor yang lebih penting daripada mendapat untung dengan cepat tetapi kurang jujur.
5. Dengan ini saya harap syarikat-syarikat pembinaan bumiputera, khususnya, hendaklah meningkatkan keupayaan dan kepakaran mereka bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
