- Context
- Mahathir addressed the official opening of Cemboard Sdn. Bhd.'s cement board factory in Negeri Sembilan on 17 August 1982.
- Main themes
- Rubber wood utilization, resource-based industrialization, cement board manufacturing, local equity and Bumiputera participation, export potential and quality control, Fourth Malaysia Plan, joint venture and foreign investment, domestic construction materials, national industrial development strategy
- Duration
- ~6 min
- Words
- 731
- Sentences
- 50
- Readability
- 57
- Grade
- 8.8
- Syntax
- 2.46
- Vocabulary
- 2.48
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other50 sentences in 15 paragraphs
YAB En. Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Chief Minister of Negeri Sembilan; YB Puan Napsiah Omar, Deputy Minister of Housing and Local Government; His Royal Highness Tunku Imran; His Royal Highness Tunku Naquiyuddin; Honorable Members; Mr. A. T. B. Shand, distinguished ladies and gentlemen, I would like to thank His Royal Highness Tunku Imran and all the Board of Directors of Cemboard Sdn. Bhd. for inviting me to officially open this cement board factory.
Ladies and gentlemen,
2. In the 1980s, we prioritized national production efforts and also foreign exchange earnings. Resource-based industries, which are industries based on the use of local resources and materials, were emphasized in the national industrial development strategy. I welcome the establishment of this Cemboard cement board industry, which aligns with those goals.
3. The raw materials for cement board production consist of 70% rubber wood and 30% cement. As we know, rubber wood has long been considered only suitable as a source of charcoal for steel mills, as firewood for cooking, for smoking rubber, and for drying brick products.
4. Given that Malaysia is the largest producer of natural rubber in the world and that thousands of hectares of rubber trees are cut down each year for replanting, the potential of rubber wood as a beneficial and profitable industrial material must be prioritized. The use of rubber wood as a source of fuel is a waste that we should avoid. This Cemboard factory, which uses rubber wood as a significant portion of its raw materials, demonstrates the potential of rubber wood for more extensive and profitable industrial use. It proves that we have vast opportunities for utilizing our abundant natural resources in this country.
5. Cement board can be used for various purposes, as outlined in the Fourth Malaysia Plan. To achieve this goal, more construction materials produced domestically and using local materials must be prioritized.
6. I am confident that the products of this company have a good local market. However, since cement board is a new material in our country, vigorous efforts must be made to ensure that these materials are used effectively and satisfactorily in our construction industry.
7. As a modern enterprise operated by experts, a company like Cemboard should not look to the Government as a crutch. It should employ progressive production techniques, quality control, research, and marketing to enhance its performance. Such an orientation is crucial for a company that will also export its products.
8. Cement board is an export material with good potential. I have been informed that this company exports its products to ASEAN countries, particularly Singapore and Thailand. Although the current export volume is relatively small, what is important is that the company's production has been able to compete in the external market, and this should serve as a strong motivation for the company to organize its marketing strategy more effectively.
Ladies and gentlemen,
9. Cemboard is a joint venture between Alexander Shand (Holdings) Limited from the United Kingdom, which holds 80% equity, and its local partner, Pesaka Antah, which holds 20% equity. This company will increase the Bumiputera equity from 20% to 40% and non-Bumiputera equity to 20% by 1990. The increase in local equity can be achieved either through the acquisition of foreign equity or by expanding the company, where local equity is increased through growth. In my opinion, increasing local equity through expansion is more appropriate, and I hope Cemboard will work together with the Government to achieve the goals of national development.
10. In addition to increasing local equity, management members and local workers should diligently learn the ins and outs of finance, production, marketing, and business management of this cement board company. The local management should be able to operate this enterprise by the end of the 1980s.
11. Regarding marketing, we aspire to expand the international market for our country's products. However, this ambition must be implemented with efforts to improve the quality of our products. We should not export low-quality goods just to gain quick profits. Low-quality goods are the easiest way to tarnish Malaysia's image in the international market. Quality control must be emphasized to ensure a broad international market for our products. Effective marketing should focus on satisfaction with high quality.
Ladies and gentlemen,
12. I am confident that Cemboard will continue to emphasize the importance of the quality control that is required. I
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
YAB En. Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Puan Napsiah Omar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Amat Mulia Tunku Imran; Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin; Yang Berhormat-Yang Berhormat; Mr. A. T. B. Shand, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Tunku Imran dan semua Lembaga Pengarah Cemboard Sdn. Bhd.kerana menjemput saya membuka dengan rasmi kilang papan simen ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
2. Dalam dekad 80an kita memberi keutamaan kepada usaha pengeluaran negara dan juga hasil pertukaran asing.Perusahaan-perusahaan 'resourse-based' iaitu perusahaan yang berasaskan penggunaan sumber-sumber dan bahan-bahan tempatan adalah diberi tekanan di dalam strategi pembangunan perusahaan negara. Saya mengalu-alukan penubuhan perusahaan papan simen Cemboard ini yang selaras dengan matlamat tersebut.
3. Bahan-bahan mentah bagi pengeluaran papan simen adalah 70% kayu getah dan 30% simen. Sebagaimana yang kita maklum kayu getah telah sekian lama dianggap hanya sesuai sebagai sumber arang bagi kilang-kilang besi waja, sebagai kayu api untuk masak memasak, bagi menyalai getah asap dan mengering hasil-hasil batu-bata.
4. Memandang bahawa Malaysia adalah pengeluar getah asli yang terbesar di dunia dan setiap tahun beribu-ribu hektar pokok getah ditebang bagi penanaman semula, potensi kayu getah sebagai bahan perusahaan yang berfaedah dan menguntungkan perlu sekali diberi keutamaan. Penggunaan kayu getah sebagai sumber bahan membakar adalah satu pembaziran yang patut kita elakkan. Kilang Cemboard ini yang menggunakan kayu getah sebagai sebahagian besar bahan mentahnya membuktikan kemungkinan kayu getah bagi penggunaan perusahaan secara lebih meluas dan menguntungkan. Ia membuktikan bahawa kita mempunyai peluang yang luas lagi bagi penggunaan sumber-sumber asli kita yang begitu banyak di negara ini.
5. Papan simen dapat digunakan bagi berbagai tujuan, Rancangan Malaysia Ke Empat. Bagi mencapai matlamat ini, lebih banyak bahan-bahan pembinaan yang dikeluarkan di dalam negeri dan yang menggunakan bahan-bahan tempatan perlulah diberi keutamaan.
6. Saya yakin, bahan-bahan keluaran Syarikat ini mempunyai pasaran tempatan yang baik. Walau bagaimanapun, oleh sebab papan simen merupakan satu bahan yang baru di negara kita, usaha-usaha yang gigih hendaklah dibuat bagi membolehkan bahan-bahan ini digunakan dengan berkesan dan memuaskan dalam perusahaan pembinaan di negara kita.
7. Sebagai satu perusahaan moden yang dikendalikan oleh pakar-pakar, sesebuah perusahaan seperti Kilang Cemboard tidak seharusnya melihat kepada Kerajaan sebagai tempat bergantung. Ia harus menggunakan teknik-teknik pengeluaran, kawalan mutu, penyelidikan dan pemasaran yang progresif bagi meningkatkan prestasinya. Orientasi seperti ini adalah amat penting bagi sesebuah perusahaan yang juga akan mengeksport hasil-hasil keluarannya.
8. Papan simen adalah bahan eksport yang mempunyai potensi yang baik. Saya telah difahamkan bahawa Syarikat ini mengeksportkan bahan keluarannya ke negara-negara ASEAN, khususnya Singapura dan Negeri Thai. Walaupun pada masa ini jumlah yang dieksport agak kecil, yang penting ialah pengeluaran Syarikat ini telah dapat bersaing di pasaran luar dan ini harus menjadi dorongan yang kuat bagi Syarikat ini untuk mengatur strategi pemasarannya dengan lebih kemas lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
9. Syarikat Cemboard merupakan usahasama Alaxander Shand (Holdings) Limited dari United Kingdom yang memegang 80% ekuiti dan rakan tempatannya, Syarikat Pesaka Antah yang memegang 20% ekuiti. Syarikat ini akan meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dari 20% ke 40% dan ekuiti bukan bumiputera ke 20% menjelang 1990. Peningkatan ekuiti tempatan boleh dicapai samada melalui proses mengambil-alih bahagian ekuiti asing atau pun dengan cara memperbesarkan syarikat ini di mana ekuiti tempatan ditingkatkan melalui pembesaran. Pada hemat saya, peningkatan ekuiti tempatan dengan cara pembesaran adalah lebih sesuai dan saya harap Cemboard akan bersama-sama dengan Kerajaan menjayakan pencapaian matlamat pembangunan negara ini.
10. Disamping meningkatkan ekuiti tempatan, anggota pengurusan dan pekerja-pekerja tempatan seharusnya bersungguh-sungguh mempelajari selok-belok kewangan, pengeluaran, pemasaran dan pengurusan perniagaan Syarikat papan simen ini. Pihak pengurusan tempatan seharusnya boleh mengendalikan perusahaan ini pada penghujung tahun 1980an ini.
11. Mengenai pemasaran pula, kita bercita-cita memperluaskan pasaran antarabangsa untuk keluaran barang-barang negara kita. Walau bagaimanapun, cita-cita ini harus dilaksanakan dengan usaha-usaha meningkatkan mutu barang-barang keluaran negara. Kita tidak harus mengeksport barang-barang bermutu rendah kerana hendak memperolahi keuntungan cepat. Barang-barang bermutu rendah adalah cara yang paling senang bagi mencemar imej Malaysia di pasaran antarabangsa. Pengawalan mutu atau 'quality control' harus ditekankan bagi menentukan pasaran antarabangsa yang luas bagi keluaran negara. Pemasaran yang berkesan harus memberi penekanan kepada kepuasan terhadap mutu yang tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
12. Saya yakin Syarikat Cemboard akan terus menekankan pentingnya pengawalan mutu yang diperlukan tadi. Saya
