- Context
- Mahathir addressed the Tenth Anniversary Gala of UDA on 25 October 1981, celebrating the corporation's role in urban restructuring under Malaysia's New Economic Policy.
- Main themes
- Urban Development Authority anniversary, New Economic Policy, societal restructuring in urban areas, national unity, ethnic balance in cities, public corporations effectiveness, inter-agency cooperation, Fourth Malaysia Plan, public sector management, Malaysia's development aspirations
- Duration
- ~9 min
- Words
- 1,065
- Sentences
- 61
- Readability
- 52
- Grade
- 10.4
- Syntax
- 2.57
- Vocabulary
- 2.27
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other61 sentences in 14 paragraphs
First of all, I would like to express my highest gratitude to YB Datin Paduka Rafidah Aziz, Minister of Public Enterprises, Chairperson, Members of the Board, and Management of UDA for kindly inviting me and my wife to this Tenth Anniversary Gala of UDA.
2. UDA, which was established ten years ago, is one of the most important public corporations for implementing the New Economic Policy, particularly concerning the objective of restructuring society in urban areas. The responsibility of UDA is undeniably great, and much effort is still needed to ensure the achievement of restructuring objectives so that our cities reflect a balanced position of ethnic groups in Malaysia.
3. Malaysia, as an independent country with a multi-ethnic population, must focus all efforts on fostering national unity. The restructuring of society through the development and systematic renewal of urban areas, where social and cultural aspects are given attention alongside economic aspects, is one of the important efforts towards unity. The establishment of UDA, as we all know, is aimed at restructuring society. In this regard, UDA is not the sole agency fully responsible for achieving this goal. The achievement of the objectives of societal restructuring must be the responsibility of all parties, even though UDA plays a primary role in urban areas.
4. Given the importance of UDA's role in the context of the New Economic Policy, efforts have been made to ensure that UDA's activities can be carried out more effectively. Based on its studies, UDA has taken initiatives to determine the areas that need to be prioritized, particularly in the implementation of projects under the Fourth Malaysia Plan. Therefore, under the Fourth Malaysia Plan, UDA will carry out its activities in specific areas and will focus on only a few activities. UDA will concentrate its attention and activities on fourteen cities, namely Alor Star, Butterworth, Melaka City, Penang, Ipoh, Johor Bahru, Klang, Kuantan, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Petaling Jaya, Seremban, Shah Alam, and Tanjong Tokong. These cities have been selected based on certain criteria, including the distribution of the population by ethnicity, income distribution, purchasing power and demand, among others.
5. I am aware that UDA will not be able to play its role effectively without the support and cooperation of other Government agencies, especially state bodies and agencies. All Government bodies, whether at the Federal or state level, have a complementary role in achieving the New Economic Policy. Close cooperation among these bodies and agencies must exist so that planning and implementation can proceed smoothly. The Government takes a serious view of the actions of any officer who prioritizes their own agency to the detriment of the New Economic Policy. The attitude of refusing to cooperate or actions that undermine coordination should not exist among our officers anywhere. An agency or department is not an empire that should act to conquer all, but is merely a tool to achieve national goals.
Ladies and gentlemen.
6. You, as members and staff of UDA, should be proud to serve in UDA, a corporation with such an important role. UDA holds the trust of the Government, and it is the hope of the Government and the people that it can carry out its responsibilities effectively and perfectly. As we all know, there are only ten years left to achieve the objectives under the New Economic Policy as outlined in the twenty-year long-term plan. Therefore, it is extremely important for public corporations, including UDA, to focus all attention to ensure that the Government's objectives can be successfully achieved.
7. Our country has many public corporations. Each public corporation established has its own role. Some of them specifically serve as instruments for implementing the New Economic Policy, such as UDA. However, whether a corporation or department has a direct or indirect role in achieving the New Economic Policy, it must be effective in achieving the objectives and goals set for it without any deviations allowed; it must be administered efficiently; it must utilize available resources productively; it must ensure, where appropriate, that there are profits. In other words, what we desire is effective management to ensure a productive public sector. This must be the guiding principle and commitment of every public sector officer; those who do not assist or refuse to help improve the quality of public sector management have no place in this sector.
8. Here, I should also reiterate the aspirations of the current Government. The aspiration of the Government is none other than to make Malaysia a developed country that is respected by the whole world, as progress can provide the people of Malaysia with well-being and prosperity, both spiritually and physically. Achieving the level of progress we aspire to is not a difficult task. What is required is simply that each one of us, as Malaysians, performs our duties with honesty and dedication. By fully carrying out the responsibilities assigned to us, we will make our country a developed nation. The status or position held is not important in these efforts. A clerk can contribute to the success of national development by performing their duties honestly. Similarly, a senior officer or a political figure can do the same.
9. The results of these efforts will be felt by all parties. A developed country will generate substantial income for all its inhabitants, including ourselves. Conversely, negligence and laziness among its people will weaken and hinder the country. As a result, our lives will be pressured, and we will become disappointed and suffer.
10. The most important resource for bringing success to the country and ourselves is human thought and energy that can be channeled and used constructively. Other natural resources will not bring success without human effort and diligence. Therefore, Malaysians must be willing to work hard and strive diligently to uphold our dignity and the spiritual and physical interests of us all.
11. The quality of UDA's management depends on its officers and staff. It is my hope that all of you work with full discipline and carry out your responsibilities with honesty and dedication. Each one of us in the public service bears a significant responsibility and holds a great trust, and any negligence or deviation is not only a betrayal but also a sin.
12. In closing, I wish you all the best in carrying out your duties and wish you success.
With God's guidance and blessings, peace be upon you.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Datin Paduka Rafidah Aziz, Menteri Perusahaan Awam, Pengerusi, Ahli-Ahli Jemaah dan Pengurusan UDA kerana telah sudi menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Malam Sepuluh Tahun UDA ini.
2. Uda yang diwujudkan sepuluh tahun yang lalu merupakan salah sebuah perbadanan awam yang terpenting bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, khususnya berhubung dengan objektif penyusunan semula masyarakat di bandar-bandar. Tanggungjawab UDA ini, tidak dapat dinafikan, adalah besar dan masih banyak usaha yang perlu dibuat bagi menjamin pencapaian objektif penyusunan supaya bandar-bandar kita mencerminkan kedudukan kaum yang seimbang di Malaysia.
3. Malaysia, sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai rakyat berbilang kaum mestilah menumpukan segala usaha untuk memupuk perpaduan negara. Penyusunan semula masyarakat melalui pembangunan dan pembaharuan semula bandar-bandar dengan cara sistematik dan teratur di mana aspek-aspek sosial dan budaya diberi perhatian di samping aspek ekonomi merupakan salah satu usaha yang penting ke arah perpaduan. Penubuhan UDA, sebagaimana kita semua maklum, adalah dengan tujuan untuk menyusun semula masyarakat. Dalam hal ini, UDA bukanlah ejensi tunggal yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mencapai matlamat ini. Pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat mestilah menjadi tanggungjawab semua pihak walaupun UDA memegang peranan yang utama di bandar-bandar.
4. Memandang kepada pentingnya peranan UDA dalam konteks Dasar Ekonomi Baru, usaha-usaha telah dibuat untuk menjamin supaya kegiatan-kegiatan UDA dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Berdasarkan kepada kajiannya, UDA telah mengambil dayausaha untuk menentukan kawasan-kawasan yang perlu diberi keutamaan khususnya dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Oleh itu di bawah Rancangan Malaysia Keempat, UDA akan menjalankan kegiatan-kegiatannya di kawasan tertentu dan akan mengkhusus kepada beberapa aktiviti sahaja. UDA akan menumpukan perhatian dan kegiatannya kepada empat belas buah bandar, iaitu Alor Star, Butterworth, Bandar Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kelang, Kuantan, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Petaling Jaya, Seremban, Shah Alam dan Tanjong Tokong. Bandar-bandar ini telah dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang di antara lain termasuk agihan penduduk mengikut kaum, agihan pendapatan, kemampuan dan kehendak pembeli dan lain-lain.
5. Saya sedar bahawa pihak UDA tidak akan dapat memainkan peranannya dengan berkesan tanpa sokongan dan kerjasama daripada pihak ejensi-ejensi Kerajaan yang lain, terutamanya badan-badan dan ejensi-ejensi Kerajaan Negeri. Semua badan-badan Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri mempunyai peranan yang complementary dalam pencapaian Dasar Ekonomi Baru. Kerjasama erat di antara badan-badan dan ejensi-ejensi ini mestilah wujud supaya perancangan dan pelaksanaan dapat dijalankan dengan lancar. Kerajaan memandang berat terhadap tindak-tanduk mana-mana jua pegawai yang mementingkan ejensi sendiri semata-mata sehingga terjejas Dasar Ekonomi Baru. Sifat atau sikap enggan bekerjasama atau tindakan yang menjejaskan penyelarasan tidak harus wujud di kalangan pegawai-pegawai kita di mana-mana jua. Ejensi atau jabatan bukanlah satu empire yang harus bertindak untuk menakluki semua, tetapi adalah semata-mata alat bagi mencapai matlamat nasional.
Saudara-saudari sekelian.
6. Saudara-saudara sebagai anggota dan kakitangan UDA sepatutnya berbangga dapat berkhidmat dengan UDA iaitu sebuah Perbadanan yang mempunyai peranan yang begitu penting. UDA memegang amanah Kerajaan, dan adalah menjadi harapan Kerajaan dan rakyat agar ianya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan sempurna. Sebagaimana kita semua maklum masanya cuma tinggal sepuluh tahun sahaja lagi untuk mencapai matlamat di bawah Dasar Ekonomi Baru yang ditentukan di bawah rancangan jangka panjang dua puluh tahun. Oleh itu, adalah amat penting sekali Perbadanan-perbadanan awam, termasuk UDA, menumpukan sepenuh perhatian agar matlamat-matlamat Kerajaan dapat dicapai dengan jayanya.
7. Negara kita mempunyai banyak perbadanan awam. Perbadanan-perbadanan awam yang diwujudkan mempunyai peranannya masing-masing. Ada di antaranya yang khusus menjadi alat pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, iaitu seperti UDA. Tetapi, sama ada sebuah perbadanan atau jabatan itu mempunyai peranan yang langsung atau tidak dari segi pencapaian Dasar Ekonomi Baru ia mestilah berkesan dalam mencapai objektif dan matlamat yang ditentukan baginya tanpa apa-apa penyelewengan dibenarkan berlaku; ia mestilah ditadbirkan dengan efisyen; ia mestilah menggunakan sumber-sumber yang ada dengan cara yang produktif; ia mesti menjamin di mana yang sesuai, supaya terdapat keuntungan.Dengan lain-lain perkataan, apa yang kita kehendaki ialah suatu pengurusan yang berkesan bagi menjamin sektor awam yang produktif. Ini mestilah menjadi panduan dan komitmen setiap pegawai sektor awam; mereka yang tidak membantu atau enggan membantu meningkatkan mutu pengurusan sektor awam tidak mempunyai tempat di dalam sektor ini.
8. Di sini patutlah juga saya ulangkan hasrat Kerajaan yang memerintah sekarang. Hasrat Kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju yang dihormati oleh seluruh dunia, iaitu menuntut kemajuan kerana kemajuan boleh memberi kepada penduduk Malaysia kesejahteraan dan kemakmuran baik dari segi rohani atau pun jasmani. Untuk mencapai taraf kemajuan yang kita idami bukanlah satu perkara yang sukar. Yang dikehendaki semata-mata ialah tiap-tiap seorang daripada kita, iaitu rakyat Malaysia, menjalankan tugasnya dengan jujur dan dedikasi. Semata-mata dengan membuat kerja yang dipertanggungjawab dengan sepenuhnya akan menjadikan negara kita negara maju. Status atau jawatan yang dipegang tidak penting dalam usaha-usaha ini. Seorang budak pejabat boleh menolong menjayakan usaha pembangunan negara dengan menjalankan tugasnya dengan jujur. Begitu juga seorang pegawai tinggi atau pun seorang tokoh politik.
9. Hasil daripada usaha-usaha yang dijalankan ini akan dirasai oleh semua pihak. Negara yang maju akan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada semua penduduknya, termasuklah kita sendiri. Sebaliknya, sifat cuai dan malas bekerja di kalangan rakyatnya menjadi negara ini lemah dan mundur. Akibatnya hidup kita akan tertekan dan kita akan menjadi kecewa dan merana.
10. Sumber yang terpenting sekali bagi membawa kejayaan kepada negara dan diri kita sendiri ialah fikiran dan tenaga manusia yang boleh disalurkan dan digunakan secara membina.Sumber alam yang lain tidak akan membawa kejayaan tanpa usaha dan ketekunan manusia. Oleh itu rakyat Malaysia mestilah sanggup berusaha dengan gigih dan bekerja dengan keras demi menjaga maruah serta kepentingan rohani dan jasmani kita semua.
11. Kualiti pengurusan UDA bergantung kepada pegawai dan kakitangannya. Adalah menjadi harapan saya agar saudara-saudara sekelian bekerja dengan penuh berdisiplin dan memikul tanggungjawab dengan jujur dan dedikasi. Setiap seorang daripada kita di dalam perkhidmatan awam memikul tanggungjawab dan memegang amanah yang besar dan apa-apa kecuaian atau penyelewengan bukan sahaja merupakan pengkhianatan tetapi juga dosa.
12. Akhir kata, saya mengucapkan kepada saudara-saudara sekelian selamat menjalankan tugas dan selamat maju-jaya.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
