CEREMONY OF LAYING THE FOUNDATION STONE FOR THE HEAD OFFICE COMPLEX OF MADA, EMPANG JAJAR, WEST BYPASS ROAD,
Mahathir Mohamad · Prime Minister of Malaysia
- Context
- Mahathir addressed guests at the foundation stone laying ceremony for MADA's head office in Kedah on 27 March 1982, highlighting agricultural development in the Muda irrigation region.
- Main themes
- Muda Irrigation Project, agricultural development, water supply challenges, MADA headquarters foundation stone, rice farming modernization, social and economic progress, farmers' welfare, government development planning, self-reliance, agricultural sector role in economy, drought and irrigation problems, rural poverty reduction
- Duration
- ~8 min
- Words
- 941
- Sentences
- 52
- Readability
- 55
- Grade
- 10.1
- Syntax
- 2.60
- Vocabulary
- 2.22
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other52 sentences in 13 paragraphs
Peace be upon you and the mercy of Allah and His blessings. The Honorable Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Chief Minister of Kedah and also Chairman of MADA, and the Honorable Datin Seri Nik Maimunah; The Honorable Tuan Hj. Ali b. Ahmad, Chief Minister of Perlis and his wife; Esteemed Members of Parliament; Distinguished Members of the MADA Board; Ladies and Gentlemen.
I am grateful to Allah, the Most High, who has granted us the permission to gather at this joyous and historic ceremony, especially in the context of the development of the states of Kedah and Perlis.
2. In 1966, we in the states of Kedah and Perlis witnessed the construction of the largest development plan under the First Malaysia Plan, which we now know as the Muda Irrigation Project. The construction work was successfully carried out in stages, and the result, as we all know, is that we have been able to store water in two large reservoirs, namely the Muda Reservoir and the Pedu Reservoir. By utilizing the irrigation channels that have been completed, by 1970, farmers in this Muda area were able to start planting twice a year. This was a significant technological change that transformed the livelihoods of rice farmers from subsistence economy to a more productive commercial economy. What we must realize is not just the large expenditure to implement the Muda Irrigation Project, but more importantly, the benefits it brings to 63,000 farming families who cultivate 96,000 hectares of paddy fields within this project area.
3. It has become common for many people to evaluate a development project solely in terms of its size and cost. This assessment is not wrong, but cost or price cannot fully convey meaning as it only reflects statistical aspects. We must also view it from a broader perspective. The value of a development project does not lie in its size or its cost. Our focus when assessing the success of a development project should be placed more on social and economic aspects, its benefits to the people and the nation, and whether the people have met the demands of the project so that what is planned can be achieved at the maximum level.
4. In my opinion, we do not need to answer these questions because we are all aware of the social and economic successes that have been achieved through this project since 1970 until now. The question now is that we must strive to further enhance these achievements. This is a significant question that should always be the foundation.
5. However, in recent years, the water supply situation in this Muda area has been less encouraging. The less encouraging water supply situation has caused several problems for the farmers. I believe the farmers in this Muda area know the real situation as to why the irrigation water supply problems have arisen in recent years. However, unfortunately, there are certain groups, with malicious intent, who have taken this opportunity to throw various accusations against the Government, claiming that the Government has deliberately created this problem. This is not true at all.
6. I would like to emphasize here that the difficulties in irrigation supply faced in recent years are due to several factors beyond our control, such as the frequent droughts in this area. I personally take the issues faced by our farmers here very seriously. The State and Federal Governments are taking various steps and making every effort to address this problem. Efforts are also being made by the relevant agencies and government departments to find additional water sources.
Ladies and gentlemen.
7. The future of our country is bright, but let us not forget to make adequate preparations as a supply to face it. While the Government implements various programs for the benefit of farmers, farmers must also be ready to accept changes and adopt new technologies that are in line with the times. No success can be achieved easily. To achieve success, we must be willing to work hard with sincerity and responsibility. We must strive diligently for self-reliance.
8. In the economic field, the agricultural sector will continue to play an important role as the main food supplier and also the production of raw materials for domestic use and export. As a primary sector with a high poverty rate, the Government prioritizes development programs and projects aimed at increasing farmers' incomes and enhancing their productivity through the modernization of traditional agriculture. If the income and living standards of farmers in the Republic of Korea and Japan, for example, can rise to the level of income and living standards of urban communities in both countries, then farmers in Malaysia also have the potential to achieve such a level of development. The Government is confident, God willing, that the income and living standards of our farmers can be further improved. To achieve this goal, the Government will continue to modernize the agricultural sector. In addition, farmers must diligently expand their knowledge of farm management, crop science, and related technologies. We cannot modernize the agricultural sector comprehensively in an instant. This process takes time, and its success greatly depends on good relationships, diligence, and cooperation between the Government and the farmers.
Distinguished guests.
9. As a step towards this, it is appropriate that MADA has its own Headquarters Complex. It is my hope that when completed, this complex will further enhance the spirit among all MADA staff to continue serving with full dedication in order to achieve the aspiration of improving the living standards of the farming community in the Muda area and also to increase rice production for the needs of the country.
Thank you.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yang Amat Berhormat Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi MADA, dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Nik Maimunah; Yang Amat Berhormat Tuan Hj. Ali b. Ahmad, Menteri Besar Perlis dan Isteri; Yang Berhormat-Yang Berhormat; Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA; Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian.
Saya bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala yang telah melimpahkan keizinanNya untuk membolehkan kita berkumpul di upacara yang meriah dan bersejarah ini, khusunya dalam konteks pembangunan negeri-negeri Kedah dan Perlis.
2. Pada tahun 1966, kita di Negeri Kedah dan Perlis telah menyaksi kerja-kerja pembinaan sebuah rancangan pembangunan yang terbesar di bawah Rancangan Malaysia Pertama, iaitu apa yang kita kenali sekarang sebagai Rancangan Pengairan Muda.Kerja-kerja pembinaan itu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, secara berperingkat-peringkat, dan hasilnya, sebagaimana yang kita sekelian maklum, ialah kita telah dapat menakung air di dalam dua kolam yang besar, iaitu Kolam Muda dan Kolam Pedu. Dengan menggunakan saluran-saluran taliair yang telah disiapkan maka pada tahun 1970, petani-petani di Kawasan Muda ini telah dapat memulakan tanaman dua kali setahun. Ini adalah satu perubahan teknologi yang besar yang memisahkan corak hidup petani-petani padi daripada ekonomi secukup hidup kepada ekonomi komersial yang lebih produktif dan menjaminkan.Yang kita harus sedari bukanlah semata-mata perbelanjaan yang besar untuk melaksanakan Rancangan Pengairan Muda ini akan tetapi yang lebih penting lagi ialah faedahnya kepada 63,000 keluarga petani yang mengerjakan 96,000 hektar bendang di dalam kawasan projek ini.
3. Telah menjadi kelaziman, banyak orang menilai sesuatu projek pembangunan itu semata-mata dari segi saiz projek tersebut dan kosnya. Penilaian ini tidaklah salah, tetapi kos atau harga tidak dapat memberi makna yang sepenuhnya kerana ia cuma menunjukkan aspek perangkaan sahaja. Kita mestilah juga melihatnya dari perspektif yang lebih luas.Nilai sesebuah projek pembangunan itu bukanlah terletak pada kecil-besarnya dan tidak juga pada mahal-murahnya. Tumpuan kita sewaktu menilai kejayaan sesuatu projek pembangunan itu hendaklah dilebihkan kepada aspek-aspek sosial dan ekonomi, faedahnya kepada rakyat dan negara dan apakah rakyat pula telah memenuhi kehendak projek supaya apa yang dirancangkan itu dapat mereka perolehi di peringkat yang maksima?
4. Pada hemat saya kita tidak perlu menjawab soalan-soalan ini kerana kita telah sama-sama maklum akan kejayaan-kejayaan dalam bidang sosial dan ekonomi yang telah dicapai melalui projek ini sejak tahun 1970 hingga sekarang.Soalnya sekarang ialah kita hendaklah berusaha untuk mempertingkatkan lagi pencapaian ini. Ini adalah satu soalan yang besar, yang hendaklah sentiasa dijadikan asas
5. Walau bagaimana pun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini kedudukan bekalan air di Kawasan Muda ini adalah kurang menggalakkan. Kedudukan bekalan air yang kurang menggalakkan itu telah menimbulkan beberapa masalah kepada petani-petani. Saya percaya petani-petani Kawasan Muda ini mengetahui kedudukan yang sebenar mengapa masalah bekalan air pengairan itu telah timbul, dalam tahun-tahun yang kebelakangan ini. Akan tetapi malangnya ada golongan-golongan yang tertentu, dengan niat jahatnya, telah mengambil kesempatan ini lalu melemparkan berbagai tohmah terhadap Kerajaan dengan berkata bahawa Kerajaan sengaja mengadakan masalah itu. Ini tidaklah benar sama sekali.
6. Ingin saya tegaskan di sini bahawa kesulitan bekalan pengairan yang dihadapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini ialah akibat beberapa faktor yang di luar dari kawalan kita, seperti kemarau yang sering berlaku di kawasan ini. Saya sendiri sangat memandang berat terhadap masalah yang dihadapi oleh saudara-saudara petani kita di sini. Kerajaan Negeri dan Pusat sedang menjalankan berbagai langkah dan berusaha sedaya upaya menghadapi masalah ini. Usaha-usaha juga sedang dijalankan oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan mencari punca-punca air tambahan.
Saudara-saudara sekelian.
7. Masa hadapan negara kita adalah cerah, tetapi janganlah pula kita lupa membuat persediaan yang cukup sebagai bekalan untuk menghadapinya. Manakala Kerajaan melaksanakan berbagai-bagai program untuk faedah para petani, para petani pula hendaklah bersedia menerima perubahan-perubahan dan mengamalkan teknologi baru yang secucuk dengan zaman. Tidak ada sebarang kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah.Untuk mencapai kejayaan, kita hendaklah sanggup bekerja keras dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk berdikari.
8. Dalam bidang ekonomi, sektor pertanian akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal makanan utama dan juga pengeluaran bahan-bahan mentah untuk kegunaan dalam negeri dan juga diekspot. Sebagai sektor utama dan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi Kerajaan memberi keutamaan kepada program dan projek pembangunan bertujuan untuk menambahkan lagi pendapatan petani-petani dan meningkatkan daya pengeluaran mereka melalui permodenan sektor pertanian tradisi. Kalau pendapatan dan taraf hidup petani-petani di Republik Korea dan di Negeri Jepun umpamanya dapat meningkat setaraf dengan pendapatn dan taraf hidup masyarakat bandar di kedua-dua buah negara tersebut, maka petani-petani di Malaysia juga mempunyai potensi untuk mencapai tahap pembangunan seperti itu. Kerajaan yakin, Insya'allah, pendapatan dan taraf hidup petani-petani kita boleh ditingkatkan lagi. Bagi mencapai matlamat ini Kerajaan akan terus memodenkan sektor pertanian. Di samping itu petani-petani pula mestilah tekun meluaskan pengetahuan mengenai pengurusan ladang, sains tanaman dan teknologi yang berkaitan. Kita tidak dapat memodenkan sektor pertanian secara menyeluruh dalam sekelip mata. Proses ini memakan masa, dan kejayaannya amat bergantung kepada hubungan baik, ketekunan, dan kerjasama di antara pihak Kerajaan dan para petani.
Para hadirin sekelian.
9. Sebagai langkah ke arah tersebut maka adalah sesuai bahawa MADA mempunyai sebuah Kompleks Ibu Pejabatnya sendiri. Adalah menjadi harapan saya, apabila siap kelak, kompleks ini akan meningkatkan lagi semangat di kalangan seluruh kakitangan MADA untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi mencapai cita-cita meninggikan taraf hidup masyarakat petani di dalam Kawasan Muda dan juga untuk menambahkan pengeluaran beras untuk keperluan negara.
Terima kasih.