- Context
- Mahathir addressed guests at the inauguration of the 'My Beloved Malaysia' exhibition on 31 March 1982, organized by the Ministry of Culture, Youth and Sports to foster patriotism.
- Main themes
- Patriotism and love of homeland, national unity and stability, spiritual development alongside material progress, gratitude for national blessings, Rukun Negara national philosophy, nationalism and independence, civic responsibility, cultural identity, community over self-interest, national resilience and hard work
- Duration
- ~7 min
- Words
- 823
- Sentences
- 49
- Readability
- 64
- Grade
- 8.5
- Syntax
- 2.60
- Vocabulary
- 2.21
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other49 sentences in 12 paragraphs
The Honorable Dato' Mokhtar bin Hashim, Minister of Culture, Youth and Sports of Malaysia; Honorable Ministers; The Honorable Dato' Shahrum bin Yub, Director General of the Department of Museums; Distinguished Guests; Ladies and Gentlemen.
I take this opportunity to extend my highest congratulations to the Ministry of Culture, Youth and Sports for their initiative in organizing this exhibition "Malaysia, My Beloved," and for the honor bestowed upon me to officiate it, I express my gratitude.
2. This exhibition is an important effort to raise awareness and consciousness among Malaysians regarding their responsibilities to their homeland. Rapid development means nothing if the people are poor and lacking in spirit and love for their country, which is an aspect of spiritual development and a dimension that is essential in development. Among other things, development efforts must be for the sake of the nation.
3. I hope that efforts to cultivate awareness and awaken the spirit of the people to love this country will always be pursued. I fear that if this spirit of patriotism is not constantly nurtured, it will become so weak that we may become a nation of history, and current events clearly show that when the population of a country prioritizes self-interest over community and nation, weakness befalls that country. Conversely, when the people prioritize the nation, not only does the country prosper, but the people are also happy.
4. It is because of love for the homeland that our country has been liberated. Some argue that nationalism is unimportant, but no country has ever achieved independence without nationalism. Indeed, there are those who sacrifice their lives and property for their country. And they will only be willing to face challenges if they love their country. This is what we see in Afghanistan today. While many sympathize, only the Afghans themselves have sacrificed to reclaim their country.
5. Every citizen of this country should be truly grateful for being born in this country, for being a citizen of this country, for being able to seek shelter and livelihood in this country. There is no place in this world that is one hundred percent good in the eyes of its people. The same goes for Malaysia. However, a thousand times we are grateful, Malaysia is blessed with unmatched grace, blessings, and sustenance. If this is reflected upon with awareness, a subtle feeling of appreciation for everything we have in Malaysia, even if little, will arise. There is no reason why we should not love and take pride in this country. How unfortunate it would be if any of us do not want to, or do not know how to be grateful for this blessing, and instead, strive to tarnish our own country and destroy the civilization that we have built for so long.
6. If we are grateful and appreciate a gift, we should not merely say we are grateful. The high value we place on the blessing must be shown by not wasting or squandering what we have received. A grateful person must use the gifts received in a way that brings happiness to them. This is the hallmark of a truly grateful person.
7. So if we are grateful for the independence of our homeland, we must strive to make our homeland a strong and resilient country, respected by others and remaining in good condition. For this, we need to work hard, we need to enhance our capabilities, not for self-interest but to ensure that the country bestowed upon us does not become damaged and destroyed in an instant. If we do not like our gifts being destroyed in the blink of an eye, surely we will not ruin or gamble with God's gifts.
8. What must we do to prove that the results from focusing on these two matters will not only benefit the country but also bring happiness to ourselves? Thus is the wisdom of working for the nation and the homeland.
9. It is indeed true that focusing solely on studying and working is not enough. To become a happy society, we need to possess high societal values. That is why we have formulated five principles of our national philosophy called the Rukun Negara. These principles do not contradict our religion, whatever faith we adhere to. If we truly adhere to these principles, our country will surely become politically stable and rapidly develop economically without becoming overly materialistic.
10. I hope that every segment of society in this country will always strive to cultivate feelings of love and affection for the homeland. Furthermore, we must channel these feelings to build this beloved country of ours on the foundations of unity, stability, and harmony.
11. I also hope that what is displayed here will, to some extent, awaken the spirit of patriotism and benefit all citizens. Finally, in the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful, I am pleased to officially launch the exhibition "MALAYSIA, MY BELOVED."
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Yang Berhormat Dato' Mokhtar bin Hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia; Yang Berhormat Menteri-Menteri; Yang Berbahagia Dato' Shahrum bin Yub, Ketua Pengarah Jabatan Muzium; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengambil daya-usaha untuk menganjurkan pameran "Malaysia Kesayanganku" ini, dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk merasmikannya, saya mengucapkan terima kasih.
2. Pameran ini merupakan satu usaha yang penting bagi meningkatkan kesedaran dan keinsafan rakyat Malaysia terhadap tanggungjawab mereka kepada tanah tumpah darah mereka. Pembangunan yang pesat tidak memberi apa-apa makna sekiranya rakyat miskin dan tandus dari segi semangat dan rasa kasihkan tanahair, iaitu satu aspek dari perkembangan rohani dan satu dimensi yang termesti dalam pembangunan.Antara lainnya, usaha-usaha pembangunan mestilah kerana s.a.w.
3. Saya harap usaha-usaha untuk memupuk kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat supaya kasihkan negara ini akan sentiasa diusahakan. Saya khuatir sekiranya semangat cintakan tanahair ini tidak sentiasa dipupuk, ianya akan menjadi begitu lemah hinggakan kita mungkin menjadi bangsa Sejarah serta peristiwa semasa jelas menunjukkan bahawa apabila penduduk sesebuah negara lebih mementingkan diri daripada masyarakat dan negara maka kelemahan menimpa negara itu. Sebaliknya, apabila rakyat mengutamakan negara, bukan sahaja negara menjadi makmur tetapi rakyat juga bahagia.
4. Kerana cintakan tanahair maka negara kita telah dapat dibebaskan. Ada yang berpendapat bahawa nasionalisme tidak penting, tetapi belum ada sebuah negara pun yang mencapai kemerdekaan tanpa nasionalisme. Memang ada orang yang menggadai nyawa dan harta benda ialah penduduk negara yang berkenaan. Dan mereka cuma akan sanggup menghadapi cabaran jika mereka cintakan negara mereka. Inilah yang kita lihat di Afghanistan hari ini. Sementara ramai yang bersimpati, cuma orang Afghanistan sahaja yang berkorban untuk merebut balik negara mereka.
5. Setiap rakyat negara ini harus bersyukur, dengan sebenar-benar syukur kerana lahir di negara ini, menjadi rakyat negara ini, dapat berteduh dan mencari rezeki di negara ini. Tidak ada mana tempat pun di dunia ini yang baik seratus peratus pada pandangan rakyatnya. Begitu juga dengan Malaysia. Tetapi, seribu kali syukur, Malaysia dilimpahi dengan rahmat, nikmat dan rezeki yang tidak ada bandingnya. Sekiranya ini direnungi dengan insaf, akan timbullah rasa halus yang begitu menghargai segala-galanya yang ada pada kita di Malaysia ini, walaupun sedikit. Tidak ada sebab mengapa kita tidak mengasihi serta berbangga dengan negara ini. Alangkah ruginya sekiranya ada di antara kita yang tidak mahu, atau tidak tahu mensyukuri kerana nikmat ini, dan sebaliknya, berusaha memburukkan negara sendiri dan merobohkan peradaban yang telah kita bina sekian lama ini.
6. Jika kita bersyukur dan menghargai sesuatu kurniaan, kita tidak harus semata-mata berkata kita bersyukur. Nilai yang tinggi yang kita beri kepada nikmat mestilah ditunjuk dengan tidak mensia-sia atau membazirkan apa yang kita terima. Orang yang bersyukur mestilah menggunakan hadiah yang diterima dengan cara yang membawa kebahagiaan kepadanya. Inilah tanda sebaik-baiknya orang yang bersyukur.
7. Jadi kalau kita bersyukur kerana kemerdekaan tanahair kita maka hendaklah kita berusaha untuk menjadikan tanahair kita sebuah negara yang kuat dan kukuh, yang dihormati oleh orang lain dan yang kekal dalam keadaan baik ini. Untuk ini kita perlu berusaha, perlu bekerja, perlu meningkatkan lagi keupayaan kita, bukan kerana kepentingan diri tetapi untuk menjadikan negara yang dikurniakan kepada kita negara yang tidak rosak dan hancur-lebur dalam sekejap masa. Jika kita tidak suka pemberian kita kepada orang dimusnahkan dalam sekelip mata, tentulah kita tidak akan merosak atau mempertarungkan pemberian Tuhan.
8. Apakah yang perlu kita buat untuk membuktikan Hasil dari tumpuan kepada dua perkara ini bukanlah sahaja negara akan mendapat manfaat tetapi diri sendiri juga akan mendapat kebahagian. Demikianlah hikmat bekerja untuk bangsa dan nusa.
9. Memanglah benar juga bahawa tumpuan kepada belajar dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadi masyarakat yang berbahagia kita perlu memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi. Sebab itu kita telah gubalkan lima asas falsafah negara kita yang dipanggil Rukun Negara.Rukun-rukun ini tidak bertentangan dengan agama kita, walau apa pun agama yang kita anuti. Jika kita benar-benar berpegang kepada rukun-rukun ini nescaya negara kita akan menjadi stabil dari segi politik dan pesat membangun dari segi ekonomi tanpa menjadi terlalu materialistik.
10. Saya berharap agar setiap golongan masyarakat negara ini sentiasa berikhtiar untuk memupuk perasaan cinta dan kasihkan tanahair. Seterusnya kita hendaklah menyalurkan perasaan ini untuk membina negara yang kita sayangi ini dengan asas-asas perpaduan, kestabilan dan keharmonian.
11. Saya juga berharap apa yang dipamerkan ini, sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat cintakan tanahair dan memberi manfaat kepada rakyat sekelian. Akhir sekali, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan sukcaita merasmikan pameran "MALAYSIA KESAYANGANKU" ini.
