- Context
- Mahathir officiated the blessing ceremony for MAS's first Boeing 747 aircraft on 3 April 1982, marking a milestone in Malaysian aviation history.
- Main themes
- Malaysian Airlines System (MAS) expansion, Boeing 747 acquisition, airline management efficiency, customer service excellence, national pride, teamwork and corporate culture, aviation industry challenges, government investment in aviation, air travel as national necessity
- Duration
- ~8 min
- Words
- 1,007
- Sentences
- 75
- Readability
- 71
- Grade
- 6.6
- Syntax
- 2.47
- Vocabulary
- 2.06
Translated from Malay
The broad sphere of national life a sentence belongs to. Every sentence has an Arena, so it is the denominator the other indices are read against.
Other75 sentences in 18 paragraphs
The Honourable Dato' Lee San Choon, Minister of Transport, and Datin; The Honourable Raja Tan Sri Raja Mohar bin Raja Badiozaman; Chairman of the Board of Directors of MAS; Honourable Members; Board Members; Distinguished Guests; Ladies and Gentlemen.
First of all, I would like to thank MAS for the honour given to me to officiate the blessing ceremony of its first B 747 aircraft.
2. The use of the Jumbo-Jet B 747 by MAS marks another advancement in the history of our aviation services. MAS has progressed step by step according to meticulous planning. The decision to use the Jumbo-Jet is an economic action considering the progress and capabilities that MAS has achieved thus far.
3. MAS is the 67th airline in the world to operate the B 747 aircraft. Although the airline industry is generally facing difficulties at this time, I am confident, as expected, based on detailed calculations, that our performance will not be affected. With the presence of this B 747 aircraft, MAS can not only increase its capacity but also reorganize its operations to be more suitable and economical in light of the changing circumstances.
Ladies and Gentlemen.
4. Today, there are many airlines around the world. Most of them are much larger than MAS. In fact, MAS is among the smallest airlines even among ASEAN countries. And MAS is the last to operate the Jumbo B 747 aircraft.
5. However, the success of an airline does not depend on its size, routes/miles, or the number of seats. It often happens that losses increase with the increase in the company's capacity. More aircraft, longer flights, more routes only mean more losses.
6. This occurs because the success of a company depends on management efficiency and good service. Passengers usually choose airlines that provide good service and adhere to schedules. That is why sometimes on the same route, one aircraft is empty while another from a different airline is fully booked.
7. I pay attention to this fact because we do not want MAS to become a "White Elephant" that we can be proud of just because we have an airline but gain no benefits from its operations. We want a successful company even if it is small.
8. For this, we need good management. Good management means increased efficiency and dedication from the executive officers. They must also be willing to cooperate with one another. There is no place for "individualism" or "petty guards" in the management of MAS. There is no room for being inconsiderate either to colleagues or to subordinate staff. Everyone must work as a team that takes pride in the success of the company and the effects of teamwork, not for individual glory.
9. For success, we also need good service from all parties. This does not mean just the cabin staff but also the ground staff. Let us not only see sweet smiles on the aircraft but when we land in our own country, the smiles disappear. "Service with a smile" must be a comprehensive practice. "Efficiency" and "proficiency" must be the hallmark of MAS wherever its employees serve. And all of this must be practiced out of "pride in your national airline" or not wanting to embarrass the country. It is very sad when we hear comparisons with the service provided by others at different airports with the insinuation that indeed the situation in Malaysia is like that. It is useless for us to be angry. What needs to be done is to improve our performance. In doing so, the insinuations and embarrassing remarks will disappear.
10. I hope my remarks are received in the spirit in which they are made. The intention behind this remark is so that we can hold our heads high, and not bow down in shame. As a Malaysian, I want to take pride in the achievements of my race and country. I am confident that all Malaysians, regardless of race, feel the same way. Therefore, let us enhance our service and make MAS the best airline in the region if not in the world.
Ladies and Gentlemen.
11. The government provides this airline service to help develop the country. We are spending a lot of money on the expansion of airports and other facilities. The types of aircraft to be used will be upgraded and the number of destinations served will be increased.
12. Air service is no longer a luxury but has become a necessity. This is clearly felt when there is pain or death when we need to reach a place quickly. Air service also sometimes provides opportunities to save lives. Nowadays, performing the Hajj or Umrah is also made easier with the use of aircraft. Therefore, the government is willing to spend money on air travel facilities. It is hoped that the people will appreciate and use all the facilities provided in a way that allows more people to use these facilities after them. Let us not think that because the facilities provided do not actually belong to us, we do not take care of them. Let us treat all these facilities as a national heritage and reflect our character and culture in their use at all times. Just as we do not like previous users leaving public facilities in a dirty and damaged state, we should also think of those who will use these facilities after us. In this way, we not only help ourselves but also save the country's money.
13. Finally, I would like to congratulate MAS, the Board of Directors, and the executives, as well as the staff of MAS for succeeding in the plan to enhance MAS's services to be on par with other airlines. I would also like to thank Mr. Saw Huat Lye, the former General Manager of MAS, who has retired after leading MAS since its inception. His retirement is at his own request, and I have accepted it. I wish him well.
14. I pray that MAS will continue to succeed and become a renowned airline worldwide.
Thank you.
The original Malay. The tags above are read on the English translation's sentences.
Yang Berhormat Dato' Lee San Choon Menteri Pengangkutan dan Datin; Yang Mulia Raja Tan Sri Raja Mohar bin Raja Badiozaman; Pengerusi Lembaga Pengarah MAS; Yang Berhormat-Yang Berhormat; Ahli-ahli Lembaga Pengarah; Dif-dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada MAS di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk melakukan upacara merenjis pesawat B 747nya yang pertama.
2. Penggunaan pesawat Jumbo-Jet B 747 oleh MAS merupakan satu lagi kemajuan di dalam sejarah perkhidmatan penerbangan kita. MAS telah maju setapak demi setapak mengikut perancanaan yang teliti. Keputusan untuk menggunakan Jumbo-Jet merupakan satu tindakan yang ekonomik memandangkan kemajuan dan kemampuan yang telah dicapai oleh MAS setakat ini.
3. MAS merupakan syarikat penerbangan yang ke-67 di dunia yang menggunakan pesawat B 747. Walaupun perusahaan penerbangan secara amnya mengalami kesulitan pada masa ini, saya yakin, sebagaimana yang dijangka, berdasarkan perkiraan yang terperinci, prestasi kita tidak akan terjejas. Dengan adanya pesawat B 747 ini, MAS bukan sahaja boleh menambahkan muatannya, malahan dapat mengatur semula operasinya supaya lebih sesuai dan ekonomik dengan keadaan yang telah berubah.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
4. Hari ini terdapat banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia. Kebanyakannya adalah jauh lebih besar dari MAS. Sebenarnya MAS adalah di antara syarikat penerbangan yang terkecil sekali walaupun di kalangan negara-negara ASEAN. Dan MAS adalah yang terakhir yang menggunakan pesawat B 747 jumbo.
5. Tetapi kejayaan syarikat penerbangan bukan bergantung kepada kecil atau besarnya, atau route/miles atau bilangan tempat duduk. Kerap terjadi, kerugian meningkat dengan peningkatan 'capacity' syarikat. Lebih banyak pesawat, lebih jauh penerbangan, lebih banyak 'route' cuma bermakna lebih banyak kerugian.
6. Perkara ini berlaku kerana kejayaan syarikat bergantung kepada kecekapan pengurusan dan khidmat yang baik. Biasanya penumpang memilih syarikat yang memberi khidmat yang baik dan yang mengikut jadual-waktu yang tepat. Sebab itu kadangkala melalui "route" yang sama, sebuah pesawat kosong sementara sebuah lagi dari syarikat lain penuh sesak.
7. Saya menaruh perhatian kepada hakikat ini kerana kita tidak mahu MAS menjadi satu "White Elephant" yang kita boleh bangga setakat kita ada syarikat penerbangan tetapi tak ada faedah daripada perjalanannya. Kita mahu syarikat yang berjaya walaupun kecil.
8. Untuk ini kita perlu pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik bermakna peningkatan kecekapan dan dedikasi dari pegawai-pegawai eksekutif. Mereka juga harus sanggup bekerjasama antara satu sama lain. Tidak ada tempat untuk "individualism" atau "petty guards" dalam pengurusan MAS. Tidak ada tempat untuk bersikap tidak bertimbang rasa sama ada kepada rakan-rakan atau kepada kakitangan bawahan. Semua mestilah bekerja sebagai satu "team" yang berbangga kerana kejayaan syarikat serta kesan "team work" dan bukan kerana diri sendiri.
9. Untuk kejayaan juga kita perlu khidmat yang baik oleh semua pihak. Ini tidak bermakna "cabin staff" sahaja tetapi juga "ground staff". Janganlah cuma di atas pesawat sahaja kita melihat senyuman manis tetapi apabila mendarat di negara sendiri senyuman sudah tidak kelihatan lagi. "Service with a smile" hendaklah menjadi satu amalan yang menyeluruh. "Efficiency" dan "proficiency" hendaklah menjadi "hall mark" kepada MAS di mana sahaja pekerjanya berkhidmat. Dan semua ini hendaklah diamalkan kerana "pride in your national airline" ataupun tidak mahu malu atau memalukan negara. Amatlah sedih apabila kita mendengar perbandingan dengan "service" yang diberi oleh orang lain di "airport" yang lain dengan sindiran bahawa memanglah keadaan di Malaysia begitu. Tak guna kita marah. Yang perlu dibuat ialah memperbaiki prestasi kita. Dengan sendirinya sindiran dan teguran yang memalukan akan hilang.
10. Saya harap teguran saya ini diterima dengan semangat yang saya membuatnya. Niat di belakang teguran ini ialah supaya kita dapat panggung kepala, dan bukan tunduk kerana malu. Sebagai seorang orang Malaysia saya mahu berbangga dengan kejayaan bangsa dan negara saya. Saya yakin semua orang Malaysia tidak kira apa kaum berperasaan demikian.Oleh itu tingkatkanlah khidmat kita dan jadikanlah penerbangan MAS penerbangan yang terbaik di rantau ini jika tidak di dunia.
Tuan-tuan dan puan-puan.
11. Kerajaan mengadakan perkhidmatan penerbangan ini untuk menolong membangunkan negara. Kita sedang membelanjakan wang yang banyak untuk pembesaran lapangan-lapangan terbang serta juga kemudahan-kemudahan lain. Jenis pesawat yang akan digunakan akan dipertingkatkan dan bilangan tempat yang akan mendapat khidmat penerbangan akan ditambah.
12. Khidmat penerbangan bukan lagi satu khidmat mewah tetapi sudah jadi satu keperluan. Ini jelas dirasai apabila jadi kesakitan atau kematian diwaktu mana kita perlu sampai ke sesuatu tempat dengan cepat. Khidmat penerbangan juga memberi peluang kadangkala bagi menyelamatkan nyawa. Sekarang ini untuk menunaikan ibadat haji atau membuat umrah juga dimudahkan dengan penggunaan kapalterbang. Oleh itu Kerajaan sanggup membelanjakan wang untuk kemudahan penerbangan. Adalah diharap rakyat akan menghargai dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara yang memberi peluang kepada lebih ramai menggunakan kemudahan-kemudahan ini kemudian dari mereka. Janganlah kita anggap bahawa oleh kerana kemudahan yang disediakan bukanlah sebenarnya kepunyaan kita, maka kita tidak menjaganya. Jagalah segala-gala kemudahan ini sebagai pusaka negara dan cerminkanlah sifat dan budaya kita dalam penggunaannya setiap masa. Sepertimana kita tidak suka pengguna yang terdahulu dari kita meninggal kemudahan awam dalam keadaan yang kotor dan rosak, begitu jugalah kita harus fikir terhadap orang yang akan menggunakan kemudahan ini selepas dari kita. Dengan demikian kita bukan sahaja menolong diri kita tetapi juga menyelamatkan wang negara.
13. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada MAS, Lembaga Pengarah dan eksekutif dan juga kepada kakitangan MAS kerana berjaya dalam rancangan meningkatkan perkhidmatan MAS setaraf dengan syarikat penerbangan lain. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Encik Saw Huat Lye, bekas Pengurus Besar MAS yang telah bersara setelah memimpin MAS sejak penubuhannya. Pesaraannya ialah dengan permintaannya sendiri dan saya telah melepaskannya. Saya ucapkan selamat kepadanya.
14. Saya berdoa supaya MAS akan terus berjaya dan akan menjadi syarikat penerbangan yang terkenal di seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
